Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Korea Selatan Beri Pingat Kepada Dua Wanita Kerana Lahirkan 13 Anak

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan beri pingat penghormatan kepada dua wanita yang masing-masing lahirkan 13 orang anak dengan Pingat Merit Awam.

Memetik laporan The Korea Herald, salah seorang wanita yang telah menerima anugerah tersebut merupakan ibu kepada pelakon Korea Selatan, Nam Bo-ra.

Korea Selatan beri pingat kepada dua wanita lahirkan 13 anak

Foto: Pelakon Nam Bo-ra, anak salah seorang penerima anugerah

Salah seorang penerima anugerah, Eom Gyu-suk, 60 tahun, telah menerima Pingat Seongnyu, gred kelima Darjah Kebesaran Sivil sebagai penghargaan kepada rakyat yang menyumbang kepada negara dengan pencapaian cemerlang dalam politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan mahupun akademik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gye-suk telah melahirkan lima anak lelaki dan lapan anak perempuan dari tahun 1986 hingga kelahiran anak bongsunya pada tahun 2007.

“Selepas melalyu kehamilan dan melahirkan anak berulang kali selama lebih 20 tahun, sememangnya banyak cabaran.
“Tapi terima kasih kepada anak-anak saya kerana telah membesar dengan baik dan saya mempunyai lebih banyak masa berasa bahagia berbanding orang lain,” katanya.

Dia berkata demikian kpada majlis anugerah di Hotel Glad di Yeouido, Seoul dalam acara memperingati Hari Wanita Hamil yang ke-19 dan kira-kira 150 wanita hamil bersama ahli keluarga hadir ke majlis tersebut.

Sementara itu, Gye-suk telah menekankan kepentingan kelahiran dan mengasuh anak melalui kuliah dan bukunya mengenai kisah keluarga yang diterbitkan pada tahun 2011.

Sembilan daripada anak-anaknya yang lebih tua mempunyai pekerjaan, manakala dua lagi di kolej dan dua yang lain di sekolah menengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, penerima kedua, Lee Yeong-mi, 59 tahun yang juga telah melahirkan 13 orang anak bermula dari umur 23 hingga 44 tahun telah menerima Pingat Merit Awam.

Pingat ini diberikan kepada individu yang menyumbang dalam bidang yang disebut tadi, serta mereka mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan orang lain, membuat sumbangan besar atau mendedikasikan hidup mereka kepada perkhidmatan awam.

Yeong-mi membesarkan anak-anaknya untuk menyumbang dalam pelbagai sektor masyarakat dan anaknya yang paling terkenal adalah Nam Bo-ra yang juga merupakan anak sulungnya.

Selain itu, terdapat juga anaknya yang bekerja sebagai artis, pekerja bank, penyelidik dan pakar kebersihan pergigian, manakala anak bongsunya masih belajar di sekolah menengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadar kesuburan Korea Selatan, bilangan anak yang dimiliki seorang wanita dalam seumur hidupnya mencecah paras terendah 0.76 pada suku pertama 2024 dan ia diunjurkan menurun kepada 0.68 lagi pada 2024.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengisytiharkan, kecemasan negara ke atas penduduk pada Jun lalu ketika beliau mengumumkan rancangan kerajaan untuk memperluaskan insentif bantuan tunai untuk bayi yang baru lahir dan langkah lain untuk membalikkan trend kadar kelahiran yang menurun.

Sumber: The Korea Herald

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd