Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kor Ming Serah Isu Kibar Bendera China Kepada Pihak Polis

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyerahkan isu bendera China dikibar semasa Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Khamis lalu kepada pihak berkuasa.

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Harian Metro, orang ramai perlu menghormati proses siasatan termasuk insiden kibar Jalur Gemilang di tempat tersebut, Sabtu lalu yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi saya, isu ini saya serah kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang negara kita.
“Saya percaya Ketua Polis Negeri (Datuk Azizi Mat Aris) sudah keluarkan kenyataan.
“Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan menghormati proses undang-undang,” katanya pada Malam Media sempena Sambutan Deepavali di Teluk Intan, malam tadi.

Sebelum ini, Azizi dilaporkan memaklumkan pihak mereka telah merakam perbualan 20 individu termasuk penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia dan 16 peserta warga China yang dikatakan terlibat dengan kejadian mengibar bendera asing tersebut.

Oleh itu, menurut Azizi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibar bendera asing di tempat awam dan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan 2012 kerana melanggar syarat permit.

Kertas siasatan akan dirujuk ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya, hari ini.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi), TikTok sadiqsegara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd