Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kor Ming Enggan Panjangkan Isu Kampung Baru Cina – “Kita Move On”

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan untuk panjangkan isu mengenai cadangan pencalonan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Menurut laporan Harian Metro, beliau tidak mahu mengulas isu tersebut dan sudah bergerak ke hadapan (move on) bagi menggelakkan pandangannya disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Kor Ming enggan panjangkan isu kampung baru Cina

Artikel lain: “Kami Nak Ajar Nga Sejarah Tanah Melayu Dan Perlembagaan Malaysia” – Pemuda Umno

“Janganlah… Saya tahu, saya komen satu perkataan sahaja lari tajuk (tafsiran lari). Itu ‘story’ (isu) pun sudah tutup… kita ‘move on’, tak jadi isu pun… Tiada isu,” katanya.

Terdahulu, Nga memberi cadangan supaya pertempatan tersebut mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco. Bagaimanapun, usul itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Umno tidak pernah membincangkan cadangan yang dikemukan oleh Nga.

Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh turut menawarkan pembelajaran mengenai sejarah tanah Melayu dan perlembagaan Malaysia kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming susulan kontroversi tersebut.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd