Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kontena Hempap Wanita: Suspek Direman Empat Hari, Tunjuk ‘Peace’ Di Mahkamah

Pemandu treler yang menyebabkan kontena terbalik lalu menghempap kenderaan seorang wanita sehingga maut di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan reman terhadap lelaki tempatan berusia 51 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Foto: Harian Metro

Suspek yang tiba di  Mahkamah Majistret Bukit Mertajam sekitar 8.20 pagi diiringi anggota polis sempat menunjukkan tanda ‘peace’ ketika pihak media merakamkan wajahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Foto: X Bernama

Turut tular di media sosial beberapa rakaman video kejadian itu yang memaparkan sebuah treler membawa kontena, sedang belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat sebelum kontena tersebut terjatuh dan menghempap beberapa kenderaan di laluan bertentangan.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X Bernama

Polis juga telah menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan terbabit dan ujian awal saringan air kencing dan alkohol telah dijalankan dan mendapati lelaki itu negatif.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd