Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konten Makan Diri! Lelaki Dicekup, Guna Logo PDRM Tanpa Kebenaran

Tindakan seorang lelaki memakai vest dan topi keledar dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran akhirnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa selepas videonya tular di TikTok.

Video tular di TikTok

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, pihaknya menerima maklumat berhubung video tersebut semalam dan siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 17 April lalu sebelum dimuat naik ke media sosial.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun di kawasan USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan.
“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana menggunakan peralatan serta pakaian seragam polis tanpa kebenaran sah,” katanya.

Orang ramai dinasihat tak buat sebarang spekulasi

Tambah beliau, kes tersebut turut disiasat di bawah beberapa peruntukan lain termasuk Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang memuat naik konten di TikTok memperlihatkan dirinya memakai vest berlogo PDRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki terbabit juga dilihat menahan penunggang motosikal dan berpura-pura menjadi seorang polis sambil membuat siaran langsung di TikTok.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd