Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konsisten Menabung 35 Tahun, 14 Sekeluarga Akhirnya Dapat Tunai Haji Bersama

14 sekeluarga berasal dari Mukah, Sarawak mencipta kenangan apabila dapat menunaikan haji bersama-sama tahun ini disebabkan disiplin menabung selama 35 tahun dengan jumlah sekecil RM50 bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menerusi video TikTok Astro Awani, Bahirin Osman memberitahu kesabaran dan keazaman tinggi membuktikan tiada yang mustahil, lebih-lebih lagi melihat arwah datuknya mampu berbuat demikian sehingga semua anaknya dapat mengerjakan haji ketika usia muda.

@501awani

Bukan singkat masa diambil untuk disiplinkan diri memotong duit gaji membuat tabungan, tetapi Baharin Osman dapat melihat hasil daripada sikapnya itu apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mula menabung sejak mereka lahir dengan jumlah hanya RM50. Apabila dapat saja surat beranak daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), saya terus buka akaun dan daftarkan mereka satu persatu.
“Boleh dikatakan semua anak saya seminggu sahaja lahir sudah ada akaun Tabung Haji (TH) dan didaftarkan haji. Alhamdulillah hasilnya sekarang apabila semua anak dan menantu saya dapat mengerjakan haji serentak,” katanya ketika ditemui petugas media, baru-baru ini.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Baharin memberitahu untuk memastikan dirinya kekal konsisten, beliau akan memastikan jumlah wang tabungan diasingkan sebaik gaji diterima setiap bulan.

“Kalau sudah buat potongan tiap-tiap bulan, ia bermakna kita sudah ketepikan wang dan hanya menggunakan sumber yang ada sahaja.
“Apa yang penting, kita uruskan wang selepas segala potongan dibuat. Memang sukar tetapi percayalah nanti akan ada kemanisannya,” jelasnya.

Foto: Astro Awani

Tambah Baharin, untuk menunaikan ibadah haji sekeluarga termasuk menantu bukan sesuatu yang mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hanya saya, isteri dan lapan anak yang menerima tawaran haji dan tidak melibatkan menantu. Justeru, saya perlu membuat rayuan terlebih dahulu bagi membolehkan kami sekeluarga dapat menunaikan haji serentak,” ujarnya.

Untuk makluman, Baharin bersama isteri dan lapan anak serta empat menantunya antara sebahagian 31,600 jemaah haji bagi musim 1445H/2024M.

Baharin bersama isteri, Heliza telah mendirikan tangga sejak lebih 20 tahun lalu dikurniakan lapan orang anak.

Anak-anaknya adalah Afifa Baharin, 31, bersama suaminya Abdul Hadi Abdul Hafidz, 31; Afiqah, 30, bersama pasangannya Ahmad Ramzie Ramle, 32; Afqar, 29 bersama isterinya Nur Aqilah Ismail, 29; Afnan, 27 bersama Nur Adibah Marzida Ghazali, 28; Afrina, 25; Afdhal, 23; Afifudin, 20, dan Afiq, 18.

Sumber: TikTok Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd