Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Konflik Timur Tengah, Pendapatan Malaysia Airports Dijangka Terjejas 26 Peratus

Pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) dijangka akan terjejas sehingga 26 peratus ekoran konflik yang berlaku di negara Timur Tengah antara Iran dan Israel.

Memetik laporan Dagangnews, Maybank Investment Berhad (Maybank IB) meramalkan berlakunya penurunan pendapatan Malaysia Airports sebanyak 26 peratus pada tahun ini sekiranya senario buruk dengan penumpang dari Asia Barat terhenti rentetan konflik yang sedang berlaku.

Foto: Free Malaysia Today

Maybank IB menjelaskan bahawa ketegangan geopolitik yang semakin meningkat juga menyumbang kepada risiko terhadap harga sasaran (TP) saham Malaysia Airport yang berkemungkinan dikurangkan sebanyak 26 peratus kepada RM6.61.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami bimbang jumlah trafik ke dan dari Asia Barat akan memberi kesan kepada operasi Malaysia Airports di Malaysia dan Turki,” katanya.

Firma berkenaan juga memaklumkan meskipun Malaysia Airports tidak perlu risau tentang harga bahan api, namun bilangan trafik penerbangan keluar dan masuk ke Asia Barat agak membimbangkan kerana memberi kesan kepada operasi Malaysia Airports di Malaysia serta Turki.

Foto: Borneo Post Online

“Meneliti statistik lapangan terbang 2019 (prapandemik), trafik penumpang ke dan dari Asia Barat menyumbang 7% daripada trafik penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 28% daripada trafik penumpang antarabangsa di Istanbul Sabiha Gokcen.
“Di bawah senario terburuk di mana semua trafik penumpang dari Asia Barat berhenti, kami menganggarkan bahawa pendapatan Malaysia Airports akan dipotong sebanyak 26% pada asas setahun penuh dan DCF-TP kami akan dipotong kepada MYR6.61 (-26%),” ujarnya.

Memandangkan tiada statistik yang dikeluarkan oleh Malaysia Airports pada tahun 2023,  pihak Maybank membuat ramalan dengan memperincikan jumlah trafik dari wilayah Asia Barat berdasarkan statistik 2019.

Sumber: Dagangnews.com (M. Herman Hamid)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah...

Sosial

Seorang wanita kantoi menyamar sebagai pramugari dengan menaiki pesawat Batik Air bagi penerbangan dari Palembang ke Jakarta baru-baru ini, lapor Radar Solo. Menyamar pramugari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd