Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Konflik Palestin Ujian Kita Mengurus Keamanan Global

Rejim Zionis telah mengakhiri gencatan senjata dan meneruskan serangan terhadap penduduk Palestin. Krisis kemanusiaan di Palestin nampaknya terus berlanjutan tanpa tanda-tanda akan segera berakhir. Bilangan mangsa kematian dan cedera kian bertambah, dan kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Agenda genosida Israel terhadap rakyat dan negara Palestin kelihatan bakal memusnahkan generasi Palestin secara keseluruhan. Rejim Zionis nampaknya tidak menghiraukan desakan antarabangsa, termasuk dari rakyatnya sendiri.

Konflik Palestin

Yang paling membimbangkan ialah krisis yang tiada berpenghujung ini seolah-olah hanya dirasai oleh rakyat Palestin yang malang. Kanak-kanak, sebagai generasi penerus yang tidak bersalah, seharusnya memiliki ruang untuk membina masa depan yang selayaknya. Namun, dunia masih kedengaran penuh dengan retorik kosong tanpa tindakan yang jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Seolah-olah penyelesaian hanya berlaku di ruang perundingan, tanpa tindakan yang konkrit.

Krisis Palestin bukan hanya ujian bagi rakyat dan negara Palestin, tetapi ujian bagi kebijaksanaan global, terutamanya kepada masyarakat Muslim dari pelbagai lapisan. Baik pemimpin, pembuat keputusan, organisasi seperti OIC dan Liga Arab, institusi, intelektual, ulama, mahasiswa, masyarakat umum, individu, kumpulan dari pelbagai lapisan ekonomi, teknokrat, peniaga, dan pengguna, semuanya diuji dalam peluang untuk menyelamatkan rakyat dan negara Palestin.

Adakah kita telah benar-benar mengambil peranan yang diberi dalam usaha ini?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sangat ironic apabila lebih daripada 8 bilion penduduk dunia dan lebih daripada 2 bilion umat Islam tidak mampu menahan seorang Netanyahu, pemimpin rejim Zionis Israel, dan penduduknya yang hanya berjumlah kira-kira 9 juta orang. Ini merupakan aib bagi kita sebagai manusia yang sepatutnya prihatin terhadap nasib rakyat Palestin.

Apabila kita berdepan dengan peristiwa di Palestin, kita tidak hanya menyaksikan konflik politik etnik yang rumit. Sebagai manusia, kita berhadapan dengan ketidakadilan yang merosakkan kehidupan jutaan orang. Krisis di Timur Tengah bukan sekadar isu geografi atau sejarah, tetapi panggilan moral bagi kita semua. Terutama kepada umat Muslim, ini juga panggilan spiritual yang menjanjikan pahala dan rahmat Allah SWT.

Ini bukan sekadar konflik untuk mendapatkan hak milik hartanah semata-mata. Ini adalah ujian bagi moral, spiritual, dan kemanusiaan kita sebagai manusia. Bagaimana kita, sebagai sebahagian daripada umat manusia, bertindak terhadap penderitaan yang tiada kesudahan ini? Terutamanya kita, sebagai saudara kepada rakyat Palestin, yang memiliki ikatan yang jauh lebih kuat daripada ikatan darah atau keturunan?

Konflik Palestin

Foto: REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan generasi mudanya hidup dalam ketakutan dan keterbatasan, tanggungjawab kita tidak hanya menjadi penonton dari jauh. Kita semua terlibat, dan kita semua akan diminta untuk dipertanggungjawabkan satu masa nanti. Adakah kita hanya akan menunggu tanpa melakukan apa-apa sehingga seluruh rakyat dan negara Palestin terhapus?

Sebagai seorang manusia dan sebagai seorang yang beriman, kita tidak boleh membiarkan penderitaan ini berterusan. Apabila hak asasi manusia diabaikan, tanggungjawab kita adalah untuk memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, memastikan setiap individu memiliki hak yang sama rata untuk hidup dalam keamanan dan keadilan. Kita perlu bersama-sama menjadi suara bagi yang tertindas, membawa sinar harapan di tengah-tengah gelapnya konflik yang tiada henti ini.

Artikel lain: Netanhayu Beri Amaran Kepada Pejuang Palestin -“Serah Diri Atau Hilang Nyawa”

Ujian ini bukan hanya bagi mereka di sana, tetapi bagi kita semua sebagai manusia. Kini adalah masa untuk kita bersatu, bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan yang nyata dalam bentuk sokongan, kesedaran global, dan seruan kepada pemimpin dunia untuk bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan Palestin secara konsisten, jujur, dan bertanggungjawab. Kemampuan kita berdiri teguh dalam krisis Palestin membuktikan sejauh mana kepekaan kita sebagai umat manusia terhadap penderitaan orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan biarkan sejarah merekodkan bahawa lebih daripada 2 bilion umat Islam hanya menjadi penonton terhadap penderitaan saudara kita di Palestin. Jangan biarkan sejarah merakamkan ambulans rakyat Palestin terhenti, sementara minyak petroleum melintasi tanah-tanah Arab yang kaya seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Jangan biarkan sejarah mengabadikan puluhan ribu korban Palestin oleh kekejaman rejim Zionis, sementara di Jazirah Arab mempunyai jutaan ahli tentera, termasuklah yang dianggap sebagai salah satu pasukan tentera terbaik di dunia, seperti Mesir.

Jangan biarkan sejarah merekodkan bahawa rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis dengan sokongan kewangan, produk, dan syarikat Zionis, sementara kita dengan tanpa rasa bersalah menikmati produk-produk mereka. Semoga sejarah tidak mencatatkan hilangnya Palestin dari peta dunia, sementara saudara-saudaranya dari negara besar seperti Indonesia dan dunia Melayu seperti Malaysia tetap beraktiviti tanpa menghiraukan krisis tersebut.

Mari kita bina sebuah sejarah dengan konsistennya kita berperanan dalam perjuangan Palestin, sehingga kedaulatan negara Palestin, yang dijanjikan sebagai bumi yang diberkati di dalam ayat pertama surah Al-Isra’ ini menjadi kenyataan.

Krisis dan isu Palestin bukan hanya ujian bagi kita, tetapi bagi kemanusiaan seluruh dunia. Semoga kita menjadi hamba yang berjaya melepasi ujian ini, dan semoga Palestin kembali menjadi bumi yang indah dan mendamaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Rusli Abdul Roni
+ posts

Penulis merupakan Pensyarah Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Pengajian Berterusan (CCEd), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan boleh dihubungi di [email protected]

Avatar
Ditulis oleh Rusli Abdul Roni

Penulis merupakan Pensyarah Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Pengajian Berterusan (CCEd), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan boleh dihubungi di [email protected]

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd