Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Komuniti Fujian Perkukuh Ikatan Kekeluargaan Melalui Konvensyen Dunia Kali Ke-11

Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (PPHM) akan menganjurkan sekali gus menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 dengan tema “Belayar di Laluan Sutera Maritim, Mengumpulkan Sentimen Fujian” yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 9 November 2024.

PPHM berkata, konvensyen itu bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan, mempromosikan pembangunan bersama, membina hubungan kerjasama erat di samping pertukaran idea dan buah fikiran di kalangan komuniti Fujian dari luar negara.

Foto: Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (TFHAM), Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San bersama ahli majlis tertinggi PPHM semasa sidang media Konvensyen Dunia Fujian ke-11

“Tema konvensyen tahun ini menggambarkan semangat penerokaan global, perdagangan, dan pertukaran budaya yang telah lama menjadi ciri warisan Fujian.
“Penganjuran tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 konvensyen dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang terjalin pada 31 Mei 1974.
“Sepanjang lima dekad, Malaysia dan China telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam kolaborasi ekonomi, budaya, dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

PPHM juga berbesar hati menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat di majlis perasmian yang dijadualkan berlangsung pada 9 November depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini selari dengan inisiatif konsep Malaysia Madani, sekaligus menekankan komitmen PPHM untuk memahami dan menerima kepelbagaian agama, budaya, dan adat resam, memupuk perpaduan, disamping mempromosikan hubungan harmoni,” ujarnya.

Foto: Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San diiringi ahli majlis tertinggi PPHM semasa sesi temu bual Konvensyen Dunia Fujian ke-11

Sementara itu, Presiden PPHM Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, konvensyen tersebut dijangka dapat memberi sumbangan dan manfaat ekonomi yang besar merentasi pelbagai sektor melalui penyertaan peserta antarabangsa ke Malaysia sekali gus mampu memperkukuhkan lagi imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kami mengalu-alukan kedatangan semua masyarakat Fujian di seluruh dunia untuk menyertai kami di konvensyen ini.
“Bersama-sama, kita akan bersatu untuk berkongsi sentimen kampung halaman, merancang untuk pembangunan masa depan, di samping menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Malaysia” katanya lagi.

Konvensyen tersebut dijangka menarik kira-kira 2,000 penyertaan dari wakil tempatan Fujian dan organisasi, manakala seramai 3,500 delegasi dari lebih 20 buah negara termasuk negara-negara ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd