Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKM Sahkan 6 Jenama Sardin Popular Mengandungi Cacing Mati

Sebelum ini, sekitar tahun 2018 kerajaan telah mengesahkan terdapat enam jenama produk ikan sardin dalam tin telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Menurut laporan Malaysia Kini, perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu terdapat enam jenama yang terlibat iaitu produk ikan mackerel dalam sos tomato King Cup, Bintang, TC Boy dan  produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand.

Difahamkan, pihak KKM telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin tersebut di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau menjelaskan risiko terhadap kesihatan untuk produk ikan dalam tin tersebut sangat rendah memandangkan cacing telah mati kerana telah melalui proses memasak dan pengetinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pihak Syarikat Marushin Canneries (M) Sdn Bhd menjelaskan bahawa produk King Cup iaitu ‘Mackerel in Tomato Sauce’ antara produk yang ditarik balik dan bukan  ‘Sardines in Tomato Sauce’.

Sumber: Malaysia Kini 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd