Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Lantik 1,197 Calon Simpanan, Isi Kekosongan Jawatan Tetap Kementerian

Kementerian Kesihatan (KKM) lantik seramai 1,197 calon simpanan yang meliputi 857 calon pegawai perubatan dan 340 pegawai farmasi bagi mengisi kekosongan jawatan tetap di kementerian itu.

KKM berkata, tindakan itu diambil selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah meluluskan permohonan kementerian untuk melantik 1,197 jawatan pada 29 September 2023 dan 3 Januari 2024.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02UdjR2TEB3mQjTc1kZff9CDm67oGiiLTd7HmDLnijextty9wcuv3AcLSEexoe66Jel

Menurut KKM, pelantikan tersebut bertujuan untuk mengisi baki kekosongan jawatan selepas selesai urusan 1,508 calon simpanan pegawai perubatan dan pegawai farmasi fasa pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selaras dengan kelulusan SPA, semua calon simpanan yang menerima surat tawaran pelantikan tetap telahpun dimaklumkan untuk melengkapkan urusan setuju terima pelantikan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) SPA,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, urusan ini telah berlangsung dalam tempoh 21 hari bermula 29 Disember 2023 bagi calon pegawai perubatan manakala 3 Januari 2024 bagi calon pegawai farmasi.

“Sepertimana jaminan ketelusan dalam urusan penempatan lantikan tetap sebelum ini, penempatan pada kali ini terus dilaksanakan menerusi sistem e-placement iaitu sistem e-housemen untuk calon pegawai perubatan dan sistem e-pharmacist untuk calon pegawai farmasi.

KKM lantik 1,197 calon simpanan

Foto: Utusan

“Sehubungan itu, setiap calon telah dimaklumkan untuk membuat pemilihan penempatan bagi tujuan pengesahan melapor diri bertugas dalam tempoh sistem dibuka dari 15 Januari hingga 17 Januari 2024.
“Tawaran pelantikan ini akan terbatal sekiranya calon tidak membuat pemilihan penempatan dalam tempoh yang ditetapkan,” ujar KKM.

Artikel lain: PM Gunakan Sambutan Ponggal Sebagai Platform Politik – Ketua Bersekutu BERSATU Bangi

Dalam pada itu, KKM juga menyediakan saluran untuk calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan menerusi google form bermula 15 Januari hingga 19 Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Free Malaysia Today

“Rayuan yang dikemukan menerusi google form dalam tempoh ditetapkan sahaja akan dibawa untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan.
“Keputusan Jawatankuasa Rayuan Penempatan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 31 Januari 2024.
“Penempatan calon ke fasiliti akan dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 12 Februari 2024 dan tarikh pelantikan tetap calon berkuat kuasa pada tarikh lapor diri bertugas iaitu 4 Mac 2024,” tambahnya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd