Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKDW Peruntuk Lebih RM50 Juta Laksana 25 Projek Di KEDA

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM50.716 juta untuk pelaksanaan 25 projek pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan  di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, KEDA akan memperuntukkan RM11.3 juta melalui sembilan program bantuan ekonomi dan keusahawanan yang memfokuskan kepada  peniaga, petani dan usahawan.

Foto: FB KKDW

“Projek berkenaan termasuk sebelas  projek prasarana bernilai  RM30.5 Juta, enam projek ekonomi dan pertanian berjumlah RM8.45 juta, lima projek pembangunan modal insan sebanyak RM8.875 juta dan tiga projek usahawan dengan kos RM2.85 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al- Falah, Felda Sungai Tiang pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid turut menyerahkan geran hak milik rumah PPRT Desa KEDA Teluk Teduri, Baling kepada 11 keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta sekali gus bantuan bagi Program bantuan Ekonomi dan Keusahawanan KEDA berjumlah RM2.585 juta kepada wakil penerima.

Foto: FB KKDW

Peruntukan sebanyak RM75,000 juga diserahkan  kepada wakil kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa-Desa KEDA seluruh negeri Kedah bagi Program Pengimarahan Masjid sepanjang Ramadan.

“Selain itu lima penerima Program Agromakanan RISDA  menerima bantuan berjumlah RM 100,000,” ujarnya.

Seramai 144 murid di Zon Pendang turut menerima bantuan kelengkapan sekolah melalui Program ‘Welcome to School’ sumbangan FELDA dengan jumlah RM21,600.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak ketinggalan  sumbangan duit raya kepada 100 pelajar tahfiz, anak yatim, ibu tunggal dan guru agama dengan jumlah keseluruhan  RM10,000,” tambahnya lagi.

Foto: FB KKDW

Sementara itu, program iftar yang memasuki tahun kedua penganjurannya tersebut bertujuan merapatkan ukhwah masyarakat desa bersama kementerian dan agensi.

Hampir 2,000 masyarakat setempat diraikan di Majlis Santunan Kasih Ramadan di lokasi kelapan program anjuran KKDW ini dan dijangka majlis berikutnya akan diadakan di Kuala Langat, Selangor kemudian berakhir di Bagan Datuk, Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd