Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

KJ Tolak ‘Pinangan’ Perikatan Nasional, Mahu Kekal Setia Dengan UMNO

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada parti PAS kerana mempelawanya supaya menyertai Perikatan Nasional (PN) namun, beliau lebih memilih untuk kekal setia kepada Umno.

Menurut laporan Berita Harian, Khairy memaklumkan dia telah menerima pelawaan daripada Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi menyertai mana-mana komponen yang terdapat di dalam Perikatan Nasional.

“Saya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO,” katanya.

Namun begitu, bekas Menteri Kesihatan itu telah mengambil keputusan untuk terus setia sebagai ahli biasa Umno dan menghargai tawaran yang diberikan oleh pihak parti tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri pernah mendedahkan PN dan PAS sentiasa membuka pintu dengan luas untuk menerimanya sebagai ahli jika Khairy dikenakan tindakan penyingkiran oleh partinya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd