Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

‘Kingdom Of The Planet Of The Apes’ Tembus ‘Box Office’ Pada Tayangan Awal

Filem Kingdom of the Planet of the Apes arahan Wes Ball, dilaporkan mencecah kutipan pecah panggung atau box office pada awal musim dengan tayangan sulung domestik sebanyak $56.5 juta dan $72.5 juta di luar negara untuk permulaan global sebanyak $129 juta.

Memetik artikel The Hollywood Reporter, sekiranya angka tersebut kekal dengan kutipan kasar termasuk pada hujung minggu terakhir, ia akan disenaraikan sebagai pelancaran kedua terbaik bagi siri ini di Amerika Utara.

Foto: IMDb

Penjualan tiket tayangan adalah lebih tinggi daripada unjuran awal $50 juta hingga $55 juta dan cukup mudah untuk mengatasi persaingan filem yang ditayangkan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dawn of the Planet of the Apes pada tahun 2014 mendapat siri terbaik dengan dapatan sebanyak $72 juta mendahului War for the Planet of the Apes dengan dapatan $56.2 juta. Manakala, Rise of the Planet of the Apes pada tahun 2011 meraih $54.8 juta.

Untuk rekod, Kingdom of the Planet of the Apes ialah filem pengembaraan aksi dystopian fiksyen sains Amerika 2024 yang merupakan sekuel kepada War for the Planet of the Apes yang diterbitkan pada tahun 2017.

Foto: IMDb

Filem ini dibintangi oleh Owen Teague yang memegang watak utama bersama Freya Allan, Kevin Durand, Peter Macon dan William H. Macy.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar makluman, filem ini berlaku 300 tahun selepas peristiwa perang yang melibatkan seekor cimpanzi muda bernama Noa, yang memulakan perjalanan bersama seorang wanita manusia bernama Mae untuk menentukan masa depan untuk beruk dan manusia.

Sumber: The Hollywood Reporter

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd