Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kim Jong-un Menangis Rayu Kaum Wanita Korea Utara Lahirkan Ramai Anak

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menangis sewaktu memberi ucapan menyeru wanita di negara berkenaan supaya melahirkan lebih ramai zuriat supaya dapat menghentikan trend penurunan kadar kelahiran di sana.

Kadar kelahiran menurun

Memetik laporan dari Mail Online, Jong-un dilihat mengesat air mata beberapa kali menggunakan sapu tangan ketika berucap di hadapan ribuan wanita  dalam Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang.

“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” katanya.

Kim Jong-un menangis, para wanita pun menangis

Dalam pada itu, pemimpin berkenaan juga turut menggesa kaum ibu untuk terus menerapkan nilai-nilai komunis dalam diri anak-anak di negara itu agar dapat mengukuhkan lagi kekuasaan rejim berkenaan.

Difahamkan, kaum ibu yang mendengar ucapan tersebut turut sama-sama menangis secara serentak ketika mendengar rayuan daripada Jong-un.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Korea Utara Sokong Palestin, Selar Israel Punca Sebenar Peperangan

Perhimpunan tersebut diadakan pertama kalinya selepas 11 tahun sewaktu kadar kelahiran di negara berkenaan sangat membimbangkan. Ia sekaligus membuatkan para pegawai tinggi Korea Utara itu berasa gusar.

Sekadar info, data bancian yang dikeluarkan pada 2008 menunjukkan populasi rakyat di negara Komunis berkenaan ada 24 juta, manakala anggaran terkini mencadangkan populasi negara itu sebanyak 25.7 juta orang.

Sumber: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd