Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Khalid Samad Tuntut Rafidah Ibrahim Tarik Balik Dakwaan Isu Kampung Baru

Khalid Samad tuntut Rafidah Ibrahim

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menuntut pelakon Rafidah Ibrahim untuk membuat permohonan maaf atau  berdepan tindakan saman kerana memuat naik kandungan fitnah di media sosialnya berhubung isu tanah di Kampung Baru.

Khalid Samad tuntut Rafidah tarik dakwaan

Khalid Samad tuntut Rafidah Ibrahim

Menurut laporan malaysiakini, Rafidah dipercayai mendakwa Khalid berniat untuk memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta mahu menghapuskan tanah rizab Melayu di seluruh Kampung Baru.

Khalid berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana dakwaan yang dibuat oleh Rafidah dianggap tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab

Malah beliau berpendapat selebriti itu tidak faham apa yang cuba disampaikan olehnya kerana isu tanah di Kampung Baru berbeza dengan tanah rizab Melayu yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun orang kata dia buat TikTok menarik tapi fakta semua ke laut.
“Orang yang sebenarnya di sebalik masalah berhubung dengan Kampung Baru, iaitu (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) Annuar Musa tapi dia puji pula. 
“Pada masa sama dia juga memperlekehkan Annnuar, di mana dia mendakwa ada tangan-tangan ghaib yang buat semua ini. Seolah-olah Annuar dan (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) Shahidan Kassim ini buta dan bodohlah,” kata Khalid dalam sidang media hari ini.
Khalid Samad tuntut Rafidah Ibrahim

Foto: The Vibes

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Shah Alam ini mendedahkan pihaknya telah menghantar surat tuntutan kepada Rafidah pada 17 April lalu bagi menuntunya membuat permohonan maaf, menarik semula tuduhan dan membuat bayaran ganti rugi.

“Untuk hentikan perkara ini saya tak ada pilihan. Kalau tidak  dia akan teruskan membuat dakwaan.
“Kalau dia masih tak dapat surat tuntutan itu, manalah tahu dia lari atau pindah dan kalau tak dapat jumpa di rumahnya, kita akan serahkan di tengah jalan atau di mana-mana lokasi dia sedang buat siaran langsung TikTok,” ucapnya lagi.

Khalid Samad tuntut Rafidah Ibrahim

Artikel lain: Kempen Dan Dakyah Islam PAS Cenderung Cetuskan Tindakan Ekstremis – Khalid

Bukan itu sahaja, Khalid juga mempercayai, pelakon tersebut kini cuba menimbulkan naratif baru apabila dilihat sering menyebelahi bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang kini berada dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd