Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Khaled Bangga Pharmaniaga Buka Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin Pertama Di Malaysia

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Pharmaniaga Berhad yang telah membuka fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pharmaniaga Berhad yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan juga syarikat pelaburan di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Saya pastinya berbangga berada di sini. Ini kerana, kejayaan Pharmaniaga adalah kejayaan Boustead dan LTAT dan kejayaan Boustead dan LTAT adalah kejayaan buat Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kita semua,” katanya.

Fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia dibuka

 Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin malaysia

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga LifeScience di Puchong, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kejayaan itu sejajar dengan komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI, iaitu meningkatkan daya cipta dan nilai industri farmaseutikal Malaysia khususnya dalam penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan.

“Jadi pembukaan dan operasi fasiliti biofarmaseutikal yang berteknologi tinggi ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai syarikat tempatan pertama untuk mengilangkan insulin dan vaksin.
“Malah akan membantu memperkukuh keterjaminan bekalan ubat-ubatan negara,” ujarnya.

Ujar beliau, ia sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap syarikat-syarikat asing dan membangun dan membekalkan ubat-ubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya percaya pandemik COVID-19 yang melanda telah meninggalkan kesan dan ingatan yang tidak akan terpada dalam sejarah.
“Pada peringkat awal pandemik, kita sangat bergantung kepada syarikat asing untuk membangun dan membekalkan vaksin COVID-19.
“Kita berada pada kedudukan yang seolah-olah terpaksa meraih simpati dan belas ihsan negara barat. Sedangkan kita tahu dan sedar, mereka yang menjadi penghasil dan pembekal utama vaksin kebanyakannya sangat politikal serta suka menangguk di air keruh.
“Alhamdulillah, dalam segala kesempitan dan kesempatan itu, Pharmaniaga berjaya tampil sebagai antara institusi negara kita yang telah memainkan peranan aktif.
“Antaranya dengan bersama-sama mempercepatkan program vaksinasi rakyat dengan menyediakan 20.4 juta dos vaksin COVID-19 Sinovac,” katanya.

Artikel lain: Zambry Arah Universiti Terima Pelajar Miskin, Tangguh Yuran Pendaftaran

 Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin malaysia

Jelasnya, Pharmaniaga kemudian memutuskan untuk mengembangkan keupayaan kilangnya sehingga bertaraf antarabangsa seperti sekarang.

Sementara itu, Mohamed Khaled berharap agar Pharmaniaga memberi perhatian untuk memastikan segala produk dan perkhidmatannya mendapat permintaan sokongan serta penerimaan yang baik di dalam dan luar negara.

Pada masa sama, Naib Presiden UMNO itu turut meringkaskan terdapat tiga tujuan utama pembangunan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pertama, kita mahu memastikan keterjaminan bekalan ubat-ubatan atau vaksin bagi menampung keperluan dalam negara.
“Kedua, kita mahu mengurangkan pergantungan kepada ubat-ubatan yang diimport.
“Ketiga dan paling penting, ini semua adalah sebahagian daripada proses kita memastikan setiap satu entiti di dalam ekosistem pertahanan negara berprestasi tinggi dan memberikan pulangan yang baik,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd