Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

KJ Tetap Nak Jadi Perdana Menteri, Tiada Parti Bukan Pematah Impian

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan dia masih menaruh harapan untuk menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan meskipun kini tidak mempunyai sebarang parti.

Pun begitu, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan mengakui dirinya tidak pasti bagaimana mahu mencapai hasrat berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu.

“Saya tidak pasti bagaimana perkara itu akan berlaku sekarang. Namun, saya faham bahawa politik bukanlah jalan yang mendatar.
“Ada pelbagai halangan yang perlu dilalui oleh seseorang sebelum mereka boleh muncul sebagai pemimpin, bukan sahaja dalam parti malah sebagai pemimpin negara,”ujarnya.

Ahli politik berusia 48 tahun itu tetap menyatakan dia masih mempunyai hasrat untuk memimpin negara suatu hari nanti meskipun tidak tahu cara menunaikan impian berkenaan.

“Ya, saya masih mahu memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya boleh ke sana, saya tidak tahu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Breakfast Grille di radio BFM pagi ini.

Dalam masa sama, beliau mahu memastikan keputusan yang dibuatnya dalam beberapa bulan akan datang adalah mendatangkan kesan positif. Katanya, ia adalah bagi meneruskan wawasannya untuk mewujudkan sesebuah negara yang “gembira dan selesa”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Rembau mengakui sukar baginya untuk memulakan sesuatu yang baharu selepas 23 tahun menabur bakti dan berkhidmat untuk parti berkenaan.

Tambahnya, ia adalah sukar dilupakan kerana keputusan meninggalkan parti berkenaan adalah bukanlah keputusannya, sebaliknya dibuang oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKN) UMNO.

Katanya, selepas dipecat parti, beliau perlu membuat pelarasan baharu meski mendapat beberapa tawaran daripada pelbagai pihak baik dari segi politik, akademik, perniagaan dan korporat.

“Ya saya ada mendapat beberapa tawaran daripada pelbagai pihak daripada politik, akademik, perniagaan dan korporat.
“Saya belum buat keputusan lagi. Semua orang tahu saya suka bola sepak dan bebas untuk menukar haluan jadi saya sedang lihat kelab yang sesuai dan menimbang pilihan dan peluang yang ada untuk maju ke hadapan.
“Belum ada keputusan apa-apa lagi, ini bukan satu yang mudah untuk ditukar begitu saja,” katanya yang pernah ‘dirisik’ oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris.

Terdahulu, Khairy pernah berkongsi aspirasinya menjadi bakal perdana menteri sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Rohaniza Idris)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd