Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pantas Bertindak! Ibu Puji Kru AirAsia Selamatkan Bayi Alami Sesak Nafas Dalam Penerbangan

Ibu Puji Kru AirAsia Selamatkan Bayi

Seorang ibu meluahkan rasa syukur dan terharu dengan tindakan pantas kru penerbangan AirAsia selepas anak perempuannya mengalami kecemasan dalam pesawat semasa penerbangan dari Guangzhou ke Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku dalam pesawat AK115 yang berlepas jam 5.55 pagi, ketika anaknya, Natashya Sofea yang baru berusia setahun tujuh bulan, tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda sukar bernafas selepas bangun dari tidur dan menyusu.

“Dia sekejap menangis, sekejap diam. Lepas tu muka dia jadi pucat, bibir pun pucat. Dia nampak lemah sangat dan kurang respon,” kata ibunya, Jacyntha Florentius, dalam perkongsian di Facebook.

Ibu Puji Kru AirAsia Selamatkan Bayi Alami Sesak Nafas

Melihat keadaan anaknya makin membimbangkan, Jacyntha terus mendukung Tashya, menepuk belakang, menggosok tangan dan kaki sambil meminta bantuan oksigen daripada anak kapal.

Katanya kru bertindak sangat pantas. Mereka segera memberikan oksigen dan keadaan Tashya mula menunjukkan tanda-tanda pulih apabila bibirnya kembali merah jambu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun melihat bayi itu masih lemah, kru membuat pengumuman meminta bantuan daripada mana-mana doktor yang berada dalam pesawat. Mujurlah seorang doktor wanita tampil membantu dan terus memeriksa Tashya.

Juruterbang turut dimaklumkan tentang situasi dan segera menurunkan altitud penerbangan untuk membantu pernafasan bayi berkenaan.

Tidak lama selepas itu, mereka mengumumkan pesawat akan dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh bagi mendapatkan rawatan segera.

Sepanjang 30 minit ketika pesawat menurun, kru kabin sentiasa datang memeriksa keadaan Tashya. Mereka mengurut tangan dan kaki, serta memeriksa nadinya dengan penuh prihatin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik mendarat, pasukan perubatan sudah bersedia menunggu di pintu pesawat. Mereka terus menaiki pesawat dan membuat pemeriksaan awal sebelum memutuskan bahawa Tashya perlu dibawa ke hospital.

Artikel lain: Enjin Terbakar, Pesawat AirAsia KL-Shenzhen Buat Pendaratan Cemas Di KLIA 2

Jacyntha bersama suami dan anak dibawa ke ambulans yang telah sedia menanti. Bagasi mereka juga segera dikeluarkan.

Di hospital, wakil AirAsia Encik Alan Vuu menemani mereka sepanjang proses rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Airbus A320 at the bay

Ujian seperti ECG, X-ray dan echocardiogram diselesaikan dalam tempoh kurang satu jam tanpa sebarang kelewatan.

AirAsia turut menyediakan penerbangan percuma untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur.

Jacyntha menyifatkan layanan yang diberikan oleh kru kabin dan petugas darat AirAsia di Ho Chi Minh sangat luar biasa. Mereka tidak ditinggalkan sendirian sehingga selamat berada di ruang menunggu untuk menaiki pesawat pulang.

“Saya amat berharap agar pihak syarikat memberi penghargaan sewajarnya kepada semua kakitangan yang terlibat. Mereka menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme dan cemerlang dalam situasi yang sangat mencemaskan ini,” katanya.

Sumber: FB Jacyntha Florentius

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd