Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Khairul Aming Cipta Rekod, Jualan Rendang Nyet Raih RM1 Juta Dalam Tempoh 19 Saat

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Amin sah mencatatkan jualan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 19 saat sekali lagi mencipta sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Raih jualan RM1 juta dalam tempoh 19 saat

Khairul Aming Raih jualan RM1 juta dalam tempoh 19 saat

Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul Amin meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dengan membeli produk keluarannya.

@khairulaming

Launching RM 1 juta rendang nyet sold out dalam 19 saat, bukan 30 saat. Laju betul jari korang semua 🥹. This one is for all of us, terima kasih guysss sebab support selalu support perniagaan lokal 💪🏻💪🏻

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas mendapat data rasmi dari TikTok Shop dan Malaysia Book Of Records, hari ini terbukti secara rasmi untuk perasmian rendang nyet, kami capai RM1 juta habis dijual dalam tempoh 19 saat dan bukan 30 saat.
“Ini pencapaian luar biasa, laju betul jari anda semua. Kejayaan ini untuk kita semua, terima kasih sebab sentiasa sokong perniagaan lokal,” kata Khairul Amin, semalam.

Difahamkan, Khairul Amin juga turut menawarkan percutian penuh ke New Zealand bagi lima orang pembeli terpantas produk baharunya itu.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi balas dalam kalangan warganet dan rata-ratanya mengucapkan tahniah atas pencapaian luar biasa itu serta meluahkan rasa bangga kerana terdapat orang Melayu yang berjaya pada usia yang masih muda.

Tahniah

Bangga anak Melayu berjaya

Moga tambah maju

Artikel lain: Bukti Kehebatan Anak Malaysia, Khairul Aming Jadi Sebutan Cef Di London

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 235,000 tontonan dan menerima lebih 21,000 tanda suka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok khairulaming

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd