Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kesihatan Beransur Pulih, Akhyar Rashid Dijangka Sertai Perlawanan Menentang Penang FC

Pemain pinjaman Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang beransur pulih daripada kecederaan dijangka akan sertai perlawanan menentang Penang FC pada 19 Mei ini.

Memetik laporan Majoriti, pengendali TFC iaitu Tomislav Steinbruckner menyatakan anak buahnya itu bakal menjalani latihan di padang bermula minggu hadapan sekali gus diharap dapat memperkuatkan lagi pasukan pada perlawanan akan datang.

Foto: The Sun

Ujarnya, pemain berusia 25 tahun itu telah beransur pulih setelah menerima enam jahitan rentetan daripada insiden yang menimpanya sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Tomislav berkata, Akhyar berkemungkinan terlepas perlawanan pembukaan Liga Super menentang Perak kerana masih diberikan ruang untuk berehat bagi memastikan mentalnya  kembali stabil.

Foto: IG Akhyar Rashid

“Akhyar akan kembali ke padang usai aksi TFC menentang Perak dan akan diberi rehat beberapa hari lagi selepas kecederaannya sembuh dan mentalnya kembali stabil,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan jahitan di kepala Akhyar yang juga pemain sayap bagi pasukan Harimau Malaya akan dibuka dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, Akhyar yang dilaporkan telah disamun sehingga memerlukan empat jahitan di bahagian kepala dan dua dikakinya ini turut mengalami kerugian kira-kira RM4,800.

Sumber: Majoriti (Frezella Amil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd