Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Keselamatan Siber Antara Tonggak Menuju Negara Digital – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melakukan lawatan ke Axiata Cyber Fusion Centre (ACFC) bagi menilai tahap kemajuan pertahanan siber dan keupayaan mengesan ancaman risikan pusat tersebut di Menara CelcomDigi, semalam.

Menerusi satu kenyataan Axiata, ACFC yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu merupakan pelopor kepada landskap keselamatan siber di Malaysia pada hari ini.

Dengan berfokuskan pemantauan ancaman ‘real time’, perburuan proaktif, dan perlindungan aset yang teguh, ACFC menjamin kepercayaan dalam aspek digital dan daya tahan perniagaan yang merangkumi keselamatan, pengesanan serta tindak balas pantas.

Sebelum ini, CyberSecurity Malaysia telah menganugerahkan ACFC sebagai Projek CyberSecurity tahun 2023 pada Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lawatan kali ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia merangkap wakil daripada The Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Rombongan lawatan tersebut disambut oleh Pengerusi Axiata Group Berhad, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Axiata, Vivek Sood.

Dalam lawatan itu, Axiata menunjukkan kemudahan di pusat berkenaan dan simulasi serangan siber bagi mempamerkan keupayaan ACFC dalam mengukuhkan keselamatan siber di sektor awam serta perniagaan, termasuk juga infrastruktur negara yang kritikal.

ACFC mempunyai tiga objektif utama yang pertama adalah untuk memacu inovasi dalam negara. ACFC mempunyai keupayaan untuk memantau keselamatan siber yang bertaraf antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh kerana ACFC ditubuhkan oleh Axiata tanpa bantuan syarikat luar, ACFC boleh disesuaikan mengikut keperluan khusus pelanggan.

Objektif kedua ACFC adalah untuk menyediakan keselamatan siber bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan perniagaan dan sektor awam agar mereka dapat menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di samping menjamin privasi data dan maklumat pelanggan.

Manakala, objektif ACFC yang terakhir adalah untuk memastikan ekosistem keselamatan siber tempatan dapat dikembangkan melalui pencarian bakat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini akan mempercepat pertumbuhan digital di Malaysia di samping meningkatkan kemahiran siber bersesuaian dengan keadaan semasa melalui bengkel, latihan dan pertukaran pengetahuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ACFC juga dilengkapi dengan keupayaan pertahanan dan penyerangan aktif bagi memastikan keselamatan siber yang teguh, proaktif dan pencegahan kepada organisasi.

Fahmi berkata, beliau teruja apabila CyberSecurity Malaysia dan MDEC mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Axiata Cyber Fusion Centre bagi menjamin keselamatan di alam siber dalam kalangan rakyat, sektor awam, organisasi swasta dan infrastruktur negara.

Dengan kepercayaan dari enam buah negara dan pelbagai industri, ACFC memberi jaminan keselamatan sepanjang masa kepada mana-mana organisasi.

Sejajar dengan aspirasi negara, Axiata komited untuk mempercepat proses pendigitalan merentasi organisasi Malaysia dengan menyediakan teknologi, inovasi dan perkhidmatan bertaraf dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai sebuah syarikat konglomerat digital dan telekomunikasi serantau yang terkemuka, Axiata merupakan barisan hadapan dalam pembangunan keselamatan siber.

Melalui syarikat Axiata yang beroperasi di seluruh ASEAN dan Asia Selatan, mereka berada pada kedudukan kedudukan yang tepat untuk memahami dan menguruskan isu siber.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Lokal

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis. Kerajaan Pahang didakwa...

Sukan

Pemain bola sepak, Faisal Halim meraih tumpuan warganet kerana mengekalkan tradisi memberi duit raya kepada penyokongnya ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium MBPJ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd