Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kesatuan Kakitangan UPM Sambut Baik Pelantikan Anak Zahid Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA)  menyambut baik pelantikan anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

Ahli Lembaga Pengarah

Foto: Facebook Nurulhidayah Ahmad Zahid Official

Menurut laporan Malaysiakini, presidennya Norsyahriman Md Arif menyatakan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam polemik politik berhubung pelantikan tersebut.

Beliau menekankan bahawa fokus utama kesatuan adalah untuk memastikan pelantikan ini membawa manfaat kepada universiti, pelajar, dan kakitangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai kesatuan kita dengan UPM kita tak mahu campur urusan politik dalam negara secara terus. Maksudnya, utama kita adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada majikan kita dan selanjutnya kepada kerajaan.
“Maksudnya dalam konteks government of the day. Walaupun kita mendapat maklum kecaman-kecaman daripada netizen tapi macam yang saya cakap tadi, kita mengharapkan hal-hal politik ini biarlah ahli politik yang uruskan,” katanya.

Foto: Laman Rasmi UPM

Menurut Norsyahriman, status Nurul Hidayah sebagai alumni UPM memberikan kelebihan tersendiri dalam pelantikan ini.

“Kita tak lihat pelantikan Datuk Nurul Hidayah daripada aspek politik. Kita lihat daripada aspek Datuk Nurul Hidayah mampu untuk memberikan sumbangan bermakna kepada staff UPM.
“Datuk merupakan alumni UPM. Kita rasa UPM ini bukan bumi yang asing untuk datuk. Sebelum ini pun ada pelajar-pelajar yang telah dibantu oleh Datuk (Nurul).
“Tapi bila sudah berada di posisi ahli Lembaga Pengarah UPM, kesatuan kakitangan UPM harapkan bukan sahaja pelajar tapi ramai juga staff-staff khususnya dalam kumpulan pelaksana yang memerlukan perhatian daripada sudut atau aspek kebajikan,” jelasnya.

Artikel lain: Anak Zahid Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM? – “Sirih Pulang Ke Gagang”

Semalam, Presiden Gerakan, Dominic Lau telah mengkritik Pakatan Harapan (PH) mengatakan isu ini membuktikan bahawa PH tidak mempunyai keazaman untuk mereformasi pelantikan politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan surat pelantikan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tempoh perkhidmatan Nurul Hidayah akan bermula dari 2 Jan 2025 hingga 1 Jan 2028.

Surat tersebut menyatakan pelantikan Nurul Hidayah adalah berdasarkan ‘komposisi berpengetahuan dan berpengalaman” mengikut Subseksyen 18(1) perlembagaan UPM.

Sumber: Malaysiakini (Kishaanthini Palani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd