Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Identiti Suspek Didakwa Belum Diketahui Peguam Keluarga

Barisan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan bahawa mereka masih belum dimaklumkan mengenai identiti individu yang akan berdepan pertuduhan di mahkamah berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Identiti suspek Zara Qairina masih belum diketahui

zara qairina

Menurut laporan Buletin TV3, dalam kenyataan media pada Isnin, mereka menyatakan sokongan terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membawa suspek ke muka pengadilan, selaras dengan cadangan yang pernah dikemukakan pada 14 Ogos lalu.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Bekas Pengetua Sekolah Nafi Terlibat – “Saya Telah Bersara”

“Ketika itu, kami mencadangkan supaya pendakwaan dibuat berdasarkan pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang mengesahkan adanya keterangan berkait unsur buli sebelum insiden menimpa Zara.
“Maka, individu yang disebut dalam keterangan tersebut sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
“Namun, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kami masih belum mengetahui siapakah individu yang bakal dituduh serta peruntukan undang-undang yang akan digunakan,” katanya.

zara qairina

Pihak peguam turut berharap pendakwaan nanti dikaitkan secara langsung dengan kematian Zara, dengan menggunakan seksyen yang membolehkan hukuman lebih berat dijatuhkan sekiranya berlaku sabitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, AGC dalam kenyataan medianya mengesahkan bahawa beberapa suspek yang dikenal pasti terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina akan dihadapkan ke mahkamah, berdasarkan hasil siasatan polis terhadap insiden kematian tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd