Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Wanita Dikerat: Anak Dedah Ibu Sudah Bayar RM7,000 Selepas Pertunangan Diputuskan

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan suspek yang juga bekas tunang mangsa.

Wanita dikerat sudah pulangkan semula duit bekas tunang

Dalam siaran berkenaan, lelaki itu memaklumkan bahawa pertunangan ibunya dengan suspek telah pun diputuskan dan wang sebanyak RM7,000 yang didakwa sebelum ini telah dipulangkan sepenuhnya.

“Lelaki ini (suspek) pergi berjumpa dengan adik-beradik ibu saya dan menyatakan mahu memutuskan pertunangan, namun meminta semula wang RM7,000 tersebut.
Apabila pertunangan itu diputuskan, ibu saya telah membayar semula kesemua wang berkenaan. Selepas itu, ibu saya berkenalan dengan seorang lelaki lain dan mereka berkahwin pada Januari lalu,” katanya dalam video yang kini tular di media sosial.

wanita dikerat

Wanita dikerat kerap diganggu bekas tunang sebelum kejadian

Walau bagaimanapun, menurut pemuda terbabit, suspek tetap masih terus mengganggu ibunya dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza.

“Dia bukan hanya menggunakan satu nombor telefon, tetapi enam nombor yang berlainan untuk mengganggu ibu saya.
“Saya menasihatkan ibu supaya tidak lagi berhubung dengan suspek walaupun sekadar sebagai kawan dan meminta beliau menjauhkan diri daripadanya. Ibu akur dengan permintaan saya,” katanya.

Wanita dikerat tak pulang selepas keluar ke Kota Kinabalu

Namun begitu, pada Rabu lalu, ibu memaklumkan kepada abangnya bahawa dia ingin keluar ke Kota Kinabalu untuk bertemu seorang rakan atas urusan tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekitar tengah hari Rabu, ibu beritahu abang bahawa dia keluar untuk berjumpa rakan kerana ada urusan. Ketika itu saya sedang bekerja dan tiada di rumah.
“Abang ada berpesan supaya jangan pulang lewat, namun sehingga tengah malam ibu tidak pulang. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi, termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.
“Kami tidak tahu di mana ibu berada. Kami tidak dapat tidur malam itu dan setiap setengah jam cuba menghubunginya, namun gagal sehingga ke pagi Khamis sebelum penemuan mayat tersebut,” katanya.

Artikel lain: Kes Kerat Wanita: Bapa, Anak Lelaki Ditahan! Tuntutan Wang Pertunangan Antara Motif Kejadian

Terdahulu, salam kejadian pagi Khamis lalu, mayat mangsa telah ditemukan di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Indah Permai, Sepangar.

Tak lama kemudian, dua orang suspek berjaya ditahan polis, dengan suspek utama berusia 71 tahun dikenal pasti sebagai bekas tunang mangsa.

Sumber: TikTok sabah_info
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd