Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tikam Skandal Isteri: – “Dia Kerja Siang Malam Demi Keluarga” – Abang Suspek

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.”

Itu luahan abang kepada Zulazren Zakariah, 31, yang didakwa menikam hingga mati seorang duda berusia 28 tahun di Taman Seri Pagi, Senawang, pada 11 Ogos lalu.

isteri

Foto: Sinar Harian

Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 46 tahun itu, adiknya dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga kerana melakukan tiga pekerjaan sekali gus bagi menampung keperluan isteri serta dua anak kecil berusia lapan dan empat tahun.

Artikel lain: Mangsa Tikam Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek – Polis

“Waktu pagi dia bekerja sebagai tukang masak, petang pula jadi penghantar makanan, dan malam buat kuih untuk dijual isterinya pada keesokan hari. Dia memang utamakan keluarganya,” ujarnya.

Katanya lagi, keluarga sangat terkejut dengan apa yang berlaku, namun percaya setiap kejadian pasti ada sebabnya.

isteri

Dalam masa sama, beliau merayu orang ramai menghentikan komen-komen negatif di media sosial kerana netizen tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adik saya sudah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jadi kita tunggulah keputusannya nanti,” jelasnya.

Tambahnya, pihak keluarga juga akan melantik peguam dalam masa terdekat bagi membantu perjalanan kes tersebut.

isteri

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, Zulazren didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dengan menikamnya hingga maut pada 11 Ogos lalu. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham apabila suspek dikatakan berang selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd