Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Terjah Bekas Suami: Wanita Nafi Halang Jumpa Anak – “Diorang Tak Nak Terima”

Selepas tular kisah seorang ibu tunggal yang didakwa menyerang majlis perkahwinan bekas suaminya bagi menuntut nafkah anak, wanita berkenaan Nurin, kini tampil membidas dakwaan lelaki tersebut.

Nafi halang bekas suami jumpa anak

bekas suami

Foto: Threads

Menerusi perkongsian di Thread, Nurin menafikan dakwaan kononnya dia menghalang bekas suaminya yang dikenali sebagai Wan daripada berjumpa dengan anak-anak mereka.

Artikel lain: Curang Di Klinik Kesihatan: Isteri Periksa Lokasi, Sangka Suami Terlibat Kemalangan – “Lama Dia Kat Situ”

Katanya, tuduhan itu tidak berasas kerana dia sendiri pernah berusaha menyerahkan anak mereka ketika masih bayi, namun tidak diterima oleh pihak bekas suami.

Menurut Nurin, kejadian itu berlaku di hadapan rumah Wan dan keluarganya. Mereka enggan membuka pintu walaupun dia sudah lama menunggu di luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

bekas suami

“Dah datang hantar, tapi mereka tak nak terima. Sampai anak tertidur dekat lantai luar rumah. Suruh buka pintu pun tak nak.
“Kami tunggu di luar macam tu saja. Dia sempat ambil gambar dan bagi pada polis, kemudian polis datang dan serahkan semula anak pada saya,” jelas Nurin.

Nurin turut berkongsi semula foto kejadian lama itu bagi menepis tuduhan yang dilemparkan kepadanya selepas isu tersebut kembali hangat dibualkan.

bekas suami

Tujuannya hanyalah untuk menjelaskan keadaan sebenar dan menuntut hak anak-anak, bukan untuk mencari perhatian atau memburukkan sesiapa.

Terdahulu, Nurin turut mendakwa bekas suaminya pernah berlaku curang dengan isterinya sekarang ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.

bekas suami

Susulan dakwaan itu, Wan menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan nafkah dua orang anaknya dan telah membuat laporan polis berhubung tindakan bekas isterinya yang hadir ke majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thread @lisaa_aa

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd