Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Suami ‘Dimadukan’ Isteri: Mahkamah Putuskan Perkahwinan Pasangan Masih Sah

Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah hari ini memutuskan bahawa suami ‘dimadukan’ isteri sebelum ini masih kekal sebagai pasangan  yang sah.

Suami sumpah tak pernah lafaz cerai

Memetik laporan dari Utusan, Hakim Ahmad Hariri Mohd. Saat telah membuat keputusan bahawa Rahaman Mohamed Jaafar, 47 tidak pernah menceraikan isterinya seperti didakwa selepas lelaki itu membuat sumpah penafian.

“Menerusi lafaz sumpah defendan, maka defendan dan plaintif masih kekal sebagai suami isteri melainkan plaintif hadir ke mahkamah dengan bukti baharu,” kata Ahmad Harir.

suami dimadukan isteri

Isteri dimadukan suami fail cerai

Susulan daripada itu, mahkamah telah menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan permohonan cerai yang difailkan pihak isteri,  Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.

Dalam pada itu, Rahaman Mohamed Jaafar ketika ditemui media mengakui sangat bersyukur selepas Mahkamah memutuskan dia dan isteri keduanya itu masih kekal sebagai pasangan yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, sehingga ke detik ini dia masih lagi menyayangi wanita berkenaan walaupun isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain.

“Alhamdulillah saya berani bersumpah kerana saya tidak pernah melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang didakwa isteri.
“Walaupun isteri ada memfailkan cerai, saya tidak akan melepaskannya kerana sayang saya terhadap dia masih kuat,” katanya.

suami dimadukan isteri

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan berita seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki lain walaupun masih berstatus isteri orang.

Perkara tersebut terbongkar selepas suami pertamanya mengetahui hal itu dan bertindak memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.

Sumber: Utusan Malaysia (Rosmizan Resdi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd