Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo Dibenar Pindah Ke Mahkamah Tinggi Lain

Permohonan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain telah diluluskan, hari ini.

Memetik laporan Bernama, peguam yang mewakili Fahmi, Asheeq Ali Sethi Alivi menjelaskan bahawa permohonan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh kerana tiada sebarang bantahan daripada pihak Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Foto: Bernama

Sementara itu, beliau berkata, memandangkan dua lagi kes saman yang difailkan oleh Fahmi terhadap Mohd Fauzan Madzlan dan Ahmad Dusuki Abd Rani sudah berada di Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC 12) maka, ia telah membolehkannya untuk didengar bersama di mahkamah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC 12) untuk membolehkannya didengar bersama dua lagi kes saman yang difailkan oleh plaintif (Fahmi) terhadap Mohd Fauzan Madzlan dan Ahmad Dusuki Abd Rani yang sudah berada di mahkamah itu (NCvC 12).
“Pihak kami akan memfailkan permohonan di NCvC 12 untuk ketiga-tiga saman fitnah ini didengar bersama memandangkan ketiga-tiga kes melibatkan fakta-fakta dan saksi-saksi plaintif yang hampir sama,” katanya.

Foto: Bernama

Terdahulu, Fahmi telah memfailkan saman terhadap Papagomo pada 5 September 2023 dan dua lagi defendan seperti yang tersebut atas dakwaan kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd