Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul OKU: Mangsa Beri Keterangan Di Bukit Aman

Pemandu e-hailing yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan tiba di Bukit Aman untuk dirakam keterangannya selepas mendakwa dicederakan seorang pengiring orang kenamaan pada 28 Mei lalu.

Menurut satu laporan Berita Harian, mangsa Ong Ing Keong berusia 46 tahun dilaporkan ditemani peguam dari pejabat Lawyer For Liberty (LFL), Latheefa Koya dan N Surendran tiba di Bukit Aman pada jam 10.40 pagi.

 Foto: Berita Harian

“Mereka kemudiannya memasuki Balai Pengawal Bukit Aman, bagi membantu siasatan selaras kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebelum ini, yang mengarahkan semua individu dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bagi membantu siasatan.
“Razarudin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pihak yang terbabit termasuk pegawai polis yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada seorang OKU yang mendakwa diserang seorang pengiring kepada rombongan kenamaan ketika sedang menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis, KL Sentral sekitar jam 1 tengah hari, 28 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: says.com

“Mangsa bagaimanapun membuat laporan kedua jam 9.59 malam hari sama dengan menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.
“Namun, timbul perkara meragukan apabila mangsa mendakwa ditawarkan RM800 untuk penyelesaian kes berkenaan semasa membuat laporan kedua,” ujar beliau.

Rusdi juga berkata, lelaki OKU berkenaan menyatakan bahawa pegawai penyiasat kes bersama dengan beberapa pegawai polis lain dan seorang pegawai istana bertindak mengarahkannya untuk menarik semula laporan polis.

Untuk makluman, kejadian berlaku ketika mangsa menunggu empat penumpang di lobi Hotel St Regis, KL Sentral pada jam 11.40 pagi, manakala rombongan kenamaan itu juga hendak bergerak keluar dari hotel sama.

Seorang pengawal pengiring VVIP dikatakan bertindak mengetuk cermin kereta dan menumbuk kepala mangsa ketika mengarahkan lelaki berkenaan mengalihkan keretanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Sosial

Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau ketika berlangsungnya malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd