Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul Dalam Kem Tentera: Seorang Anggota Tak Sedarkan Diri, Enam Lagi Cedera

Seorang anggota tentera dilaporkan kritikal selepas dipercayai menjadi mangsa pukul dalam satu kejadian di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Selasa kira-kira pukul 8.45 pagi daripada bapa mangsa yang berusia 49 tahun.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku sehari sebelum itu iaitu pada 30 Mac sekitar pukul 8 malam di dalam kem tentera berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang anggota tentera berpangkat koperal dipercayai telah memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zaiham berkata, siasatan juga mendapati terdapat enam lagi mangsa lain berusia antara 19 hingga 22 tahun yang turut berada bersama dalam kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah seorang mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan pengsan dan kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Mangsa masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti sebarang kecederaan.

Foto: Janaan AI

Tambah Zaiham, bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang anggota tentera berpangkat koperal berusia 37 tahun pada petang Selasa bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. Suspek kini direman selama empat hari bermula 1 hingga 4 April bagi membantu siasatan lanjut,” tambahnya.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Bentong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd