Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Penyelewengan Diesel Menurun 87 Peratus Selepas Penyasaran Subsidi – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaporkan jumlah kes penyelewengan minyak diesel menunjukkan penurunan sebanyak 87 peratus selepas penyasaran subsidi diesel bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaannya yang bermula 10 Jun lalu.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kes melibatkan penyelewengan minyak diesel menunjukkan penurunan signifikan yang mana jumlah individu yang ditahan bersabit kes itu telah berkurang dalam tempoh yang sama iaitu daripada 40 orang kepada seorang sahaja.

Foto: NSTP

“Bagi tempoh 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, jumlah kes yang telah direkodkan ialah 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter.
“Manakala bagi tempoh 10 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024,iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi ini dilaksanakan, statistik menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkan melibatkan jumlah rampasan sebanyak 68,457 liter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: neomotor.epe.es

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau juga walau bagaimanapun memaklumkan terdapat peningkatan bagi kes yang melibatkan rampasan petrol RON95.

“Terdapat 37 kes dengan rampasan 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei 2024 sehingga 9 Jun 2024, berbanding 46 kes dengan rampasan 14,011 liter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
“Jumlah tangkapan pula telah meningkat daripada 10 orang kepada 17 orang dalam tempoh yang sama,” jelasnya.

Foto: Kosmo! Online

Armizan turut memaklumkan bahawa KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah OPS TIRIS 3.0 di seluruh negara dengan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan.

Sumber: Laman Web KPDN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Bisnes

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan berterusan susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat. Menurut...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, pasangan suami isteri berkongsi berita gembira apabila tidak lagi menjalani hubungan jarak jauh akibat tuntutan kerja. Suami meninggal...

Dunia

Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah atau work from home (WFH) untuk penjawat awam satu hari seminggu bermula 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd