Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelekat Hebrew: Pesara Tempah 13 Tahun Lalu, Minat Tulisan Asing

Polis Melaka memaklumlah telah merakam percakapan seorang pesara kerajaan berhubung kes pemilik kenderaan pacuan empat roda memaparkan pelekat tulisan Hebrew.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menjelaskan, menurut siasatan yang dibuat, lelaki berusia 59 tahun itu mengakui bahawa pelekat itu sudah ditempah di sebuah kedai berlokasi di Selangor sejak 13 tahun lalu.

Minat tulisan asing

Minat tulisan asing pelekat hebrew

Menurut Dzulkhairi, individu tersebut begitu minat terhadap pelbagai tulisan asing dan salah satunya merupakan tulisan Hebrew, Greek dan Rusia.

“Dia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘Israel Betainu’, iaitu ‘Israel Rumahku’.
“Kemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan ‘Israel’ kepada ‘Malaysia’, menjadi ‘Malizia Beiteinu’, yang bermaksud Malaysia Rumahku,” kata Dzulkhairi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan siasatan masih diteruskan biarpun kenyataan suspek telah diambil dan masih menunggu pandangan pakar bahasa untuk memastikan tiada unsur lain yang mencurigakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pesara itu telah tamat perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan turut membuat laporan polis apabila kenderaannya tular di media sosial dan perkara itu disedari oleh adiknya yang sering menggunakan kenderaan tersebut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi atau ulasan melampau di media sosial susulan isu ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Artikel lain: Pasang Pelekat Tulisan Hebrew Pada Pikap, Pemandu Warga Tempatan – Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungann itu, Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau.

Hairul Amin berkata, video yang menunjukkan kenderaan tersebut mula dikesan di media sosial sekitar tengah hari Selasa dan dipercayai dirakam di kawasan negeri ini.

Menurutnya, tulisan Hebrew pada pelekat berkenaan membawa maksud yang sangat sensitif iaitu ‘Malaysia milik kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’, menimbulkan provokasi terutama ketika isu Gaza masih menjadi perhatian dunia menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd