Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelajar UPNM Dipijak: Polis Rakam Keterangan Sembilan Individu

Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) retak tulang rusuk dan belakang dipercayai dipijak senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, sembilan individu telah dirakam percakapan, manakala suspek pula dijangka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang ini untuk dirakam keterangan.

Foto: Carian Google

“Setakat ini, ada sembilan rakaman percakapan telah diambil. Suspek dijangka diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang ini,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu pada 8.40 malam Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rusdi berkata, kejadian pada 10.45 malam itu berlaku ketika pelajar tahun satu tersebut berada di tepi padang kawad.

Foto: Kosmo Digital

Mangsa berusia 19 tahun itu dilaporkan retak tulang rusuk dan belakang akibat dipijak seorang pelatih tahun tiga UPNM dan sedang dirawat di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Astro Awani

Terdahulu, dalam kes berlainan, Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menekap seterika wap panas pada tubuh seorang pelatih junior.

Sumber: Kosmo Digital (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd