Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Kes OKU Diserang, Tiada Istilah Selesai Dalam Undang-Undang Jenayah” – MP Pasir Gudang

Tiada istilah kes telah selesai dalam undang-undang jenayah meskipun pengadu sendiri telah menarik semula laporan polis berhubung kes serangan yang tular melibatkan individu Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menjelaskan bahawa sebarang laporan polis dibuat merupakan dokumen yang dipanggil sebagai First Information Report (FIR).

Foto: Sumber Kini

Hassan berkata, sekiranya laporan polis yang dibuat itu melibatkan serangan fizikal ke atas seseorang serta boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan, maka ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memanggil suspek bagi siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak Polis juga perlu menghantar mangsa ke Hospital Kerajaan yang berdekatan untuk memeriksa kecederaan yang dialami oleh si mangsa.
“Mereka perlu membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan si penyerang di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah atau ringkasnya KAJ atau CPC,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya tempoh siasatan terpaksa melebihi 24 jam, penyerang berkenaan sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 117 KAJ serta dibawa ke Mahkmah atau Balai Polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman daripada Majistret Mahkamah.

Foto: Malaysia Gazette

“Maka tidak ada istilah kes telah selesai apabila si mangsa membuat aduan Polis kedua menyatakan bahawa kes telah selesai. Yang penting ialah laporan Polis yang pertama iaitu FIR.
“Kes telah selesai ia membawa makna dari segi kesalahan tort di mana si mangsa tidak berniat untuk mengambil tindakan sivil bagi kesalahan tort yang merupakan serangan ke atas diri yang dipanggil assault and battery. Tetapi bagi kesalahan jenayah, itu adalah dalam bidang kuasa Polis,” ujarnya.

Tambahnya lagi, menurut perjalanan undang-undang, laporan polis yang telah ditarik balik oleh mangsa seharusnya tidak memberi pengaruh terhadap tindakan pihak berkuasa.

Tegas beliau, perihal tersebut adalah mengikut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu sama rata atau kesamarataan kepada setiap warga negara di bawah undang-undang.

“Tidak kira yang menyerang itu orang atasan atau pegawai peribadi orang atasan hatta bertugas sebagai pegawai atau pengawal peribadi kaum kerabat raja hatta bertugas dengan raja atau Sultan memerintah negeri atau Yang Di-Pertuan Agung sekalipun maka kesalahan jenayah terhadap rakyat biasa lebih-lebih golongan lemah OKU tidak boleh dipandang ringan.
“Di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan setiap warganegara termasuk golongan OKU dijamin kebebasan dirinya,” jelasnya lagi.

Sumber: Facebook Hassan Abdul Karim

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd