Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Nidza Afham: Ada Nota Arwah Rancang Ingin Berkahwin – Kakak

Kakak kepada penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie Mokhtar mendedahkan adiknya itu sebenarnya ingin berkahwin dan telah mempunyai perancangan untuk majlis itu, namun belum memilih tarikh.

Memetik laporan mStar, Irfahanie berkata selepas telefon bimbit Allahyarham ditemui, mereka memeriksa kandungannya untuk memeriksa sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kes kehilangan adiknya.

Allahyarham Nidza Afham ingin berkahwin

nidza afham ingin berkahwin

Bagaimanapun, mereka tidak menemui sebarang bukti yang Allahyarham sedang menghadapi masalah hutang atau terlibat dengan individu berbahaya.

“Kami menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.
“Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut,” katanya.

nidza afham ingin berkahwin

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan keluarga Allahyarham juga mendapati penyanyi berusia 23 tahun itu sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin disamping telah menyediakan belanjawan untuk majlis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin,” kongsinya.

Sementara itu, bapa kepada Allahyarham iaitu Mokhtar Mahmud turut meluahkan keredaan terhadap pemergian anak lelakinya itu lapor Harian Metro.

“Saya reda dengan pemergian arwah anak saya. Semasa azan petang tadi (semalam), saya harap Am dapat  dijumpai. Tapi apabila anak dijumpai, saya reda dan harap Allah ampunkan dosanya,” luah bapa Allahyarham.

nidza afham ingin berkahwin

Terdahulu, Allahyarham Nidza Afham dilaporkan keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangannya disedari pada malam Selasa.

Artikel lain: Kes Tiga Sekeluarga Maut: Suspek Sudah Ditahan, Direman Hari Ini

Keluarga Allahyarham kemudian meminta bantuan daripada orang ramai menerusi media sosial untuk mengesannya sebelum mayatnya ditemui berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penemuan Allahyarham disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki yang ditemui itu adalah Nidza.

nidza afham ingin berkahwin

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memberitahu mayat mangsa ditemukan seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat hospital,” katanya.

Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam.

Sumber: mStar (Farol Hadi), Harian Metro (Ruwaida Md Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd