Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Selangor Catat Kes Kebankrapan Tertinggi, Guru Paling Ramai Terlibat – Ishak Bakri

Selangor merekodkan jumlah kes kebankrapan tertinggi di negara ini, dengan golongan guru merupakan antara penjawat awam yang paling ramai terlibat, kata Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia Datuk Ishak Bakri.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata antara puncanya ialah komitmen pinjaman peribadi yang tinggi, selain menunjukkan golongan berpendapatan tetap lebih terdedah kepada risiko kebankrapan berdasarkan data terkumpul dan program literasi kewangan dijalankan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), di negeri itu.

Kes kebankrapan tertinggi

Kes kebankrapan tertinggi

Foto: Kosmo Online

“Ini kerana golongan berpendapatan tetap seperti guru didapati lebih mudah memperoleh kelulusan pinjaman peribadi, namun berdepan risiko sekiranya gagal mengurus komitmen kewangan secara berhemah.
“Golongan ini mempunyai pendapatan tetap, menyebabkan akses kepada pinjaman lebih mudah, namun apabila komitmen tidak terkawal, ia memberi tekanan kewangan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Literasi Kewangan bersama Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Merlimau Melaka (PMM), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ishak berkata 200,000 individu berjaya dilepaskan daripada status kebankrapan tahun lepas, sekali gus melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata sistem insolvensi negara kini tidak lagi bersifat menghukum, sebaliknya menumpukan kepada aspek kebajikan dan pemulihan, selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dapat Hadiah & Barangan Percuma? Pempengaruh Media Sosial Perlu Isytihar Semua Pendapatan – LHDN

Foto: Berita Harian

“Antara pembaharuan utama ialah pindaan Akta Insolvensi pada 2023 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk melepaskan individu bankrap tanpa perlu melalui perintah mahkamah, tertakluk kepada kriteria ditetapkan di bawah pelaksanaan Dasar Peluang Kedua,” katanya.

Ishak berkata kriteria pelepasan termasuk individu berusia lebih 70 tahun, kes kebankrapan yang berlarutan terlalu lama serta individu yang disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

“Malaysia antara negara terawal yang memasukkan elemen kesihatan mental sebagai kriteria pelepasan kebankrapan. Jika disahkan oleh panel doktor secara sulit, pelepasan boleh dibuat serta-merta,” katanya.

Foto: NST

Ishak berkata kriteria pelepasan termasuk individu berusia lebih 70 tahun, kes kebankrapan yang berlarutan terlalu lama serta individu yang disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

“Malaysia antara negara terawal yang memasukkan elemen kesihatan mental sebagai kriteria pelepasan kebankrapan. Jika disahkan oleh panel doktor secara sulit, pelepasan boleh dibuat serta-merta,” katanya.

Ishak berkata MDI turut merancang untuk memperkenalkan kriteria baharu pelepasan kebankrapan menerusi mekanisme laluan pantas melibatkan ibu tunggal yang menanggung anak, mangsa penipuan kewangan serta peminjam mikro.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd