Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Jururawat Dipukul, Seorang Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol minggu lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah kira-kira jam 4 petang, pada Ahad.

Beliau turut memberitahu bahawa permohonan reman terhadap suspek sudah dibuat di Mahkamah Majistret pagi tadi.

Foto: Kosmo Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seorang lelaki ditahan di IPD, petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes jururawat wanita yang ditarik dari keretanya sebelum dipukul sehingga separuh sedar malam Jumaat lalu.
“Suspek yang berusia 34 tahun direman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan lanjut masih dijalankan berkenaan pembabitan suspek dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi.

Foto: Sinar Harian

Mangsa berusia 30-an itu pada awalnya didakwa dirompak, bagaimanapun tiada kejadian seperti itu sebaliknya dia hanya dipukul susulan barang berharganya tidak dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, perkara itu telah disahkan Amran berdasarkan laporan awal, menjelaskan bahawa mangsa mengalami luka di kepala akibat dipukul dan tiada kecederaan serius.

Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat wanita lengkap berpakaian uniform ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di tepi keretanya dengan enjin masih hidup di lokasi, kira-kira jam 10 malam pada Jumaat lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd