Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Hilang: Faizal Ahmad, Nur Humaira Syafiqah Ditemui Selamat

Seorang jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Faizal Ahmad yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos lalu, sudah ditemui awal pagi Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, isteri mangsa Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, mengesahkan penemuan suaminya itu pada 12.52 tengah malam tadi.

Foto: Harian Metro

“Kami juga sudah memaklumkan kepada pihak polis tentang penemuan ini.
“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan pihak media yang membantu membuat hebahan pencarian suaminya sehingga dia berjaya ditemui dengan selamat,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nurul Ain berkata, dia tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berhubung penemuan suaminya, 39, atas sebab peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang remaja perempuan, Nur Humaira Syafiqah yang dilapor hilang sejak Jumaat lalu juga telah ditemui selamat, di Tawau awal pagi tadi.

Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, remaja berusia 15 tahun itu ditemukan di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi.

“Remaja terbabit hadir bu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” ujarnya.

Sebelum ini, kehilangan kedua-dua individu berkenaan dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa selepas sedar mereka tidak pulang ke rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Faizal dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada 4.30 petang 16 Ogos, manakala kehilangan Nur Humaira pula disedari kakaknya, Ayu Naldi, 39, setelah tidak hadir ke sekolah pada hari dia dilaporkan hilang.

Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa), Harian Metro (Abdul Rahemang Taiming)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd