Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Guru Kelar Isteri: Mahkamah Arah Jalani Pemeriksaan Mental

Seorang guru yang berdepan pertuduhan cuba membunuh isterinya bulan lalu diperintahkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selepas mahkamah mendapati dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan.

Guru didakwa cuba membunuh isteri

Menurut laporan Malaysia Gazette, perintah itu dibuat oleh Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin terhadap tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30, ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

guru

Foto: Sinar Harian

Tertuduh sebelum ini dituduh mengelar isterinya, Hanis Sofea Hamdan, 28, menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, kira-kira jam 5.45 pagi pada 27 Ogos lalu.

Kes berkenaan dikendalikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Guru Kelar Isteri: Bebanan Hutang Bank, Ansuran Dipercayai Punca

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani, memohon mahkamah mengarahkan pemeriksaan mental dijalankan berdasarkan cadangan doktor dari Hospital Pulau Pinang.

Pasukan peguam bela yang diketuai Yazid Khairul Azman tidak membantah permohonan tersebut, malah memaklumkan anak guam mereka masih gagal memahami penjelasan berkaitan prosiding.

“Anak guam kami tidak menunjukkan sebarang respons dan berada dalam keadaan tertekan. Pemeriksaan mental perlu dilakukan untuk tentukan kelayakan beliau dibicarakan,” ujarnya.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Oktober depan.

guru

Sementara itu, siasatan polis mendapati pertengkaran pasangan tersebut berpunca daripada masalah hutang termasuk pinjaman bank dan ansuran barangan 3-dagang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwaan kononnya tertuduh berhutang dengan ahlong turut dinafikan pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, mangsa nyaris maut selepas ibunya terdengar jeritan dari tingkat atas sebelum melihat menantunya menindih anaknya sambil cuba mengelar leher dengan pisau.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd