Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Kelar Isteri: Bebanan Hutang Bank, Ansuran Dipercayai Punca

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Rabu lalu.

Kes guru kelar isteri

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek, 30, yang bekerja sebagai guru itu mempunyai pinjaman bank bagi tujuan pelaburan saham selain menanggung ansuran pembelian barangan melalui platform e-dagang.

Guru kelar isteri

Foto: Bernama

“Setakat ini hasil siasatan mendapati punca pergaduhan pasangan itu disebab hutang namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Dakwaan suspek mempunyai hutang dengan ahlong itu tidak benar sebaliknya, dia membuat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah,” katanya hari ini.

Keadaan guru kelar isteri dirawat di Wad Psikiatri

Sementara itu, menerusi perkembangan terkini, mangsa yang berusia 28 tahun masih dalam proses pemulihan dan tidak dapat banyak bercakap namun, polis sudah berjaya merakam keterangannya pada Khamis berhubung kejadian tersebut.

Artikel lain: Guru Kritikal Selepas Cuba Bunuh Isteri, Kelar Diri Sendiri

Guru kelar isteri

Foto: Utusan

“Manakala suspek pula masih ditempatkan di Wad Psikiatri Jalan Perak untuk pemeriksaan kesihatan mental,” ujarnya.

Terdahulu, mangsa yang juga seorang guru dilaporkan cedera di leher akibat dikelar suaminya sebelum lelaki itu mengelar diri sendiri sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu kepada wanita berkenaan selepas terdengar jeritan anaknya yang berada di bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat, kira-kira jam 6 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd