Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes GISBH, Saya Jijik Dengan Penemuan Siasatan – Shuhaily

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata mengenai isu tersebut ketika ditemui selepas sidang media khas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkaitan Op Global di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

“Apa yang saya boleh cakap hanyalah… kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan). Itu saja, terima kasih,” katanya.

Sebelum itu, Razarudin mendedahkan 13 daripada penghuni kanak-kanak rumah amal yang diserbu polis baru-baru ini disyaki diliwat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Perkara tersebut adalah berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa rumah amal tersebut yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Malah Razarudin berkata, polis sudah membekukan sejumlah 96 akaun membabitkan GISBH berjumlah RM581,552.31 mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Sebanyak empat akaun ditutup dan lapan kenderaan telah dikeluarkan perintah pembekuan (sita),” ujarnya.

Op Global pada 11 September lalu menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan selain pemeriksaan kesihatan mendedahkan pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian terhadap mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa menahan 171 individu terlibat, dengan 159 direman manakala mangsa terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun, disyaki mengalami eksploitasi dan penganiayaan.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd