Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Dadah: Timbalan Pendakwa Raya Bebas Dengan Jaminan Polis

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat berikutan kes dadah dibebaskan telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Timbalan Pendakwa Raya bebas jaminan polis

Bebas jaminan polis dadah timbalan pendakwa raya

Foto: The Sun Malaysia

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek dibebaskan setelah tamat tempoh reman selama tiga hari.

Beliau menjelaskan, pihaknya juga sedang menunggu arahan lanjut dan sudah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya semalam.

Terdahulu, media melaporkan, TPR SPRM ditahan polis selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah dan memiliki dadah, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana suspek direman tiga hari.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, suspek telah menjalani proses tapisan pelantikan sebelum ditugaskan ke agensi itu pada minggu lalu sebagai pegawai sokongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapisan terhadap pegawai sokongan yang sebelum ini berkhidmat di Jabatan Peguam Negara (AGC) itu turut membabitkan ujian saringan dadah, namun SPRM tidak menjalankan saringan terhadap pegawai berkenaan prosedur itu bukan bawah bidang kuasa suruhanjaya terbabit.

Artikel lain: Baru Seminggu Lapor Diri, TPR SPRM Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah

Difahamkan, Azam akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bagi mencadangkan pegawai terbabit untuk direhatkan daripada menjalankan tugas pendakwaan bagi memberi ruang kepada siasatan polis.

Sumber: Berita Harian (Nor Hidayah Tanzizi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd