Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerjasama Pertahanan Malaysia-Australia Dibincang Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi MAJDP

Kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) keempat.

Kerjasama Pertahanan Malaysia-Australia dibincangkan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terdapat tiga perkara utama dibincang dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh beliau dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles.

Kerjasama Pertahanan Malaysia-Australia

“Pertama mengenai hubungan pertahanan sedia ada antaranya, melalui Operasi Gateaway, eksesais-eksesais seperti HARINGAROO dan Keris Strike, Five Power Defence Arrangements (FPDA) serta MAJDP sendiri.
“Kedua-dua negara menghargai sumbangan masing-masing dalam konteks pengukuhan kerjasama sedia ada,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, perkara kedua membabitkan kerjasama pada masa akan datang seperti dalam pembangunan doktrin pertahanan, kerjasama dalam keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Kerjasama Pertahanan Malaysia-Australia

“Kedua-dua negara turut membincangkan soal pembangunan ketumbukan siber yang dilihat penting kini.
“Ketiga, berhubung isu dan perkembangan geopolitik serta pertahanan di ASEAN dan seluruh dunia lebih-lebih lagi Malaysia sedang memuktamadkan persiapan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan,” ujarnya.

Kerjasama Pertahanan Malaysia-Australia

Artikel lain: Ekosistem Kalis Korupsi, Anti-Khianat Pasak Pertahanan Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Mohamed Khaled memaklumkan Australia mengiktiraf peranan yang dimainkan Malaysia dalam memeta ASEAN yang dilihat berfungsi dengan cukup baik dan negara tersebut akan sentiasa memberikan perhatian terhadapnya.

“Kedua-dua buah negara akan memastikan rancangan kerjasama khususnya dalam pelan lima tahun ke hadapan diperkemas agar lebih berstruktur dan teratur, termasuk dalam soal meningkatkan keupayaan domain maritim serta pembangunan kapasiti pertahanan Malaysia,” katanya.

Semalam, beliau tiba di Australia bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd