Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerja Baik Pulih Rumah Di Putra Heights Capai 85%, Dijangka Selesai Hujung Bulan Ini

Kemajuan pembinaan semula dan baik pulih kediaman yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada April lalu kini telah mencapai 85 peratus.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Mohd Jamil Idris  memaklumkan sebanyak 18 rumah di Kampung Kuala Sungai Baru terbabit dalam kerja-kerja tersebut, melibatkan 11 unit bina semula manakala selebihnya menjalani proses baik pulih.

Menurutnya, peruntukan yang dipersetujui ialah sehingga RM300,000 bagi setiap rumah bina semula, manakala kerja baik pulih diperuntukkan maksimum RM150,000.

Kerja baik pulih rumah di Putra Heights

Kerja baik pulih rumah di Putra Heights

“Minggu lepas, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan lawatan kerja ke tapak di mana kita berjaya menyiapkan tiga rumah bina semula dan empat rumah baik pulih.
“Kita sasarkan untuk baik pulih disiapkan hujung bulan ini manakala bina baru pula pada minggu pertama Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis doa selamat dan penyerahan kunci rumah kepada mangsa kebakaran melalui insiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SPNB di Blok Q, Sawah Sempadan, di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Amirudin Jelaskan Isu Jengkaut, Dakwaan PBT Tidak Ikut SOP

Kerja baik pulih rumah di Putra Heights

Untuk rekod, kejadian kebakaran yang berlaku pada 1 April lalu telah memusnahkan sepenuhnya 81 buah rumah dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 lagi mengalami kerosakan separa.

Sebanyak 57 rumah turut terkesan tanpa terbakar, sementara 218 kediaman lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan, termasuk di kawasan Kampung Tengah, Puchong.

Sumber: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd