Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Terjunam Dalam Sungai: Dua Beradik Maut, Ibu Bapa Selamat

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung Agas, Teluk Kemang di Port Dickson pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, ibu bapa mangsa sempat diselamatkan orang awam, namun kedua-dua anak mereka terperangkap di dalam kereta jenis Nissan Teana yang tenggelam pada kedalaman tiga meter.

kereta

Foto: Sinar Harian

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zulfadli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.44 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang dengan bantuan BBP Masjid Tanah ke lokasi kejadian.

Artikel lain: Isteri Sempat Panggil Suami Sebelum Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

“Setibanya pasukan pada jam 12.05 tengah hari, kereta tersebut didapati berada di dasar sungai dengan empat mangsa di dalamnya.
Pasangan suami isteri berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala dua kanak-kanak masih terperangkap,” katanya.
kereta

Foto: Sinar Harian

Tambah beliau, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya mengeluarkan mangsa pertama iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada jam 1.28 petang sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

“Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui tidak lama selepas itu, namun disahkan meninggal dunia pada jam 1.47 petang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.
kereta

Foto: Sinar Harian

Operasi menyelamat yang melibatkan 10 anggota bomba, sebuah jentera FRT, sebuah pancuan empat roda Navara serta bantuan agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan KKM, selesai sepenuhnya pada jam 2 petang.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd