Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Jatuh Gaung, Tiga Beranak Termasuk Ibu Hamil Nyaris Maut

Tiga beranak melibatkan sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun, terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Jalan Gunung Inas, Baling, malam tadi.

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, mangsa membabitkan pemandu lelaki berusia 27 tahun, isteri yang hamil tujuh bulan dan anak mereka.

“Sepasukan sembilan anggota BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan II Osman Awang Besar, ke lokasi mendapati kereta Honda City jatuh gaung sedalam 10 meter.
“Pemandu kereta sempat membawa keluar anaknya sebelum kenderaan menggelongsor. Anggota kemudian melakukan operasi menyelamat isteri mangsa yang masih di dalam kereta,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, operasi menyelamat itu bagaimanapun ditamatkan pada 8.20 malam, setelah kesemua mangsa berjaya dibawa naik ke kawasan selamat dan distabilkan.

Kemudian, mangsa sekeluarga telah diserahkan kepada petugas kesihatan untuk dihantar ke Hospital Baling, bagi pemeriksaan kesihatan dengan lebih lanjut.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd