Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kereta Hasil Berniaga Musnah Terbakar, Founder Misi Hadiahkan Kenderaan Baharu

Kereta Hasil Berniaga Musnah Terbakar

Tular di media sosial memaparkan seorang peniaga mengalami kerugian apabila kereta hasil berniaga musnah terbakar di simpang masuk Kampung Jayor, Pagoh, di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika peniaga kuih raya, Norhamidi Noor, 57,  dalam perjalanan pulang selepas mengambil stok daripada pembekal di Parit Sulong, sebelum keretanya tiba-tiba mengeluarkan asap tebal.

Kereta Hasil Berniaga Musnah Terbakar

Selain meraih perhatian warganet, kisah Norhamidi turut mendorong Founder Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi untuk sama-sama membantu meringankan beban dengan menghadiahkan beliau sebuah kenderaan baharu.

Menerusi perkongsian di TikTok,  Nur Ahmad Faiz memaklumkan pihaknya tiba di Segamat, Johor seawal jam 5.30 pagi semata-mata mahu bertemu dan berbual dengan Norhamidi mengenai insiden tersebut sebelum membawanya ke premis kenderaan terpakai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tanpa Mengira Bangsa, Founder Misi Habiskan Hampir RM10,000 Belanja Rakyat Barangan Dapur

Menurutnya, setiap sen yang digunakan untuk membeli kereta itu diperoleh daripada perniagaan Misi sendiri, tanpa memerlukan sumbangan atau derma daripada orang awam, walaupun ada pihak yang ingin menyumbang.

@foundermisi

Saya bawa Pakcik Hamidi ke kedai kereta.. nak tahu apa kereta yang pakcik Hamidi pilih? Tengok sampai habis tau . Alhamdulillah saya juga rasa bersyukur dapat jalankan semua kebaikan ni dengan duit perniagaan Misi sendiri tanpa buka sumbangan. . Walaupun ramai yang minta buka tabung sebab nak sedekah bersama-sama.. tapi saya lebih gembira apabila anda menjadi pengguna food delivery misi. . Peniaga lokal dapat untung 100% Rider seluruh negara dapat bekerja Untung saya kembalikan pada semua . Kekayaan Ekonomi baru ini akan menjadi perubahan yang semakin berskala besar. Terima Kasih semua install Misi dan guna setiap hari.

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kasihan Pak Cik Norhamidi, ketika waktu berbuka (Sabtu) keretanya terbakar, jadi saya bawa ke kedai kereta. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melakukan semua kebaikan ini dengan hasil perniagaan Misi sendiri tanpa perlu membuka sumbangan.
“Walaupun ramai yang meminta agar saya membuka tabung untuk mereka bersedekah bersama-sama, saya lebih gembira jika anda menyokong aplikasi penghantaran makanan, Misi.
“Peniaga tempatan mendapat keuntungan 100 peratus, penghantar di seluruh negara dapat bekerja, dan keuntungannya dikembalikan kepada masyarakat,” katanya.

Sumber: TikTok foundermisi

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd