Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kerap Cedera Sewaktu Beraksi, Al-Hilal Mahu Tamatkan Kontrak Neymar

Ekoran kerap mengalami kecederaan berterusan sewaktu beraksi, kelab Saudi Pro League, Al-Hilal mempertimbangkan keputusan untuk menamatkan kontrak pemain bintang besar mereka, Neymar dalam skuad yang menghadapi saingan musim 2023/2024.

Perkara ini juga turut dikongsi oleh wartawan sukan Arab Saudi di media sosial X mengenai sebab utama kelab berkenaan mahu menamatkan kontrak Neymar, selain mereka baru saja menandatangani seorang pemain Brazil, iaitu Renan Lodi.

Foto: X @Qatari

Memetik laporan Sinar Harian, bekas ketua pasukan Brazil itu ketika ini telah menjalani proses pemulihan setelah mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada bulan Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan ACL apabila beliau beraksi dalam tugasan antarabangsa ketika Brazil turun menentang Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Foto: Forbes

Al-Hilal menandatangani Lodi dari Olympique Marseille dengan harga €23 Juta sekaligus menjadikan perbelanjaan kelab itu mencecah angka €376 Juta musim ini selepas mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Rúben Neves, Kalidou Koulibaly, Yassine Bonou dan Aleksandar Mitrovic.

Kelab bimbingan Jorge Jesus itu perlu membuang satu nama pemain asing dari skuad mereka bagi memberi laluan kepada Lodi didaftarkan dan membolehkan beliau untuk beraksi dalam saingan liga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut outlet Brazil UOL, Al-Hilal kini sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Neymar pada Januari.

Foto: Carian Google

Penamatan kontraknya akan menawarkan peluang kepada Neymar untuk kembali ke Brazil dan dia telah dikaitkan dengan menyertai semula Santos.

Al-Hilal ketika ini menduduki tangga pertama dalam carta Saudi Pro League dimana mereka mengutip 53 mata, tujuh mata dihadapan Al-Nassr selain mara ke peringkat separuh akhir King’s Cup dan juga peringkat kalah mati AFC Champions League (ACL).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly), X @Qatari

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd