Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Tolak Cadangan Wujudkan Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan tidak bersetuju dan menolak cadangan untuk mewujudkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi bukan Islam.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau memaklumkan bahawa cadangan tersebut ditolak oleh Jemaah Menteri dan dianggap sebagai pandangan peribadi seorang Ahli Parlimen sahaja.

Portfolio Menteri

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Kita ada Menteri Agama, Menteri Perpaduan, ada jawatankuasa harmoni yang mewakili semua kaum, semua agama di Malaysia, jadi saluran itu memadai.
“Soal pelantikan itu (jawatan Menteri) pun budi bicara Perdana Menteri, dan ia tiada dalam perkiraan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam di Puchong Perdana hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian kerana menganggap langkah tersebut penting bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd